Monday, October 19, 2015

PUISI: MENCARI KEBENARAN

Banyak sangat maklumat.
Fikiran tersumbat
Semua dikatakan benar
Aku cuma dengar
Tiap satu fakta dihamparkan...

Masukan berterusan
Tapi versi nya tidak serupa
Sedangnya di atas tajuk sama
Apakah aku dipersenda
Inikah sandiwara
Penulis layar perak pakar
Fikir ku terus berputar
Lantas siapa patut ku tanya
Seluruh bicara sama
Tiada jawapan yang muktabar
Perawi mana boleh ku percaya
Ia tidak Alquran dan hadith sohih
Cerita samar dan berjerebu
Yang dicari tidak bisa ketemu
Hidup ini terus keliru
Sering disalah pada zaman
Fitnah dan pembohongan
Aku berada di ufuk kekaburan
Sebagai Insan mencari kebenaran
Mungkin satu hari akan di ketemukan
Terus kan saja di simpang siur perjalanan
Meneroka dan merintas satu kehidupan



AlShifaq
D'sara
19hb Oktober
Bermula pukul 7.15 pagi
Hingga lah 7.41 pagi
Setelah selesai subuh.


FBSHApost@19 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment