Bermulanya saya kenal Kota Tinggi semasa berumur lima belas tahun...pada tahun 1959.
Tahun mula-mula Almarhum ayahanda saya bertanding sebagai Ahli Parlimen Johor Tenggara. Masa itu banyak hutan rimba dan binatang liar. Ia juga kawasan hitam. Selepas itu kawasan bertukar nama jadi Panti. Selepas Panti bertukar menjadi Kota Tinggi srhingga ayahanda saya meninggal dunia pada bulan Januari 1977, bertukarlah ahli Parlimen dari Saadon Noh kepada Yusof Malim Kuning Musa Hitam dan akhirnya saya pada tahun 1990 hinggalah 2013.
Agak lama jus dan ikut penggal lima penggal dan berjawatan Menteri pun lima penggal walaupun tidak abis penggalnya. Saya pun tidak sangka akan bertanding di Kota kerana mula-mulanya pada tahun 1986 saya ditawarkan untuk bertanding di Sg Benut. Dari kawasan itu tidak ada Felda sampailah ada Felda. Kerana lamanya berada di tempat yang sama sehingga ada yang saya kenal semasa remaja dan ada saya kenal kerana hubungan ayah-ayah dan ibu kita.
Sebelum kota kita tinggal di JB. Begitulah putaran hidup. Ada yang telah pergi untuk selamanya dan ada kawan yang meninggalkan kita semasa hidup. Ini lumrah. Saya ingat Ketua Bahagian UMNO kota yang paling lama ialah saya dan Ismail Saadon....Sekarang saya hanya mengimbas sejarah dan pengalaman dan nostalgia serta berpuas hati saya dapat berkhidmat. Semoga Allah redhai perjuangan dan khidmat.
Menulis ni pun saya memikirkan aneh dan pelik perjalanan dan laluan hidup. Ada masa berjerebu dan ada masanya dinaungi awan puteh dan biru....he ...he...
FBSHApost@14 October 2015
No comments:
Post a Comment