Monday, October 19, 2015

YANG BENAR TETAP BENAR...YANG SALAH AKAN TERSERLAH..

Terlalu banyak juara yang tidak bersaing dan bertanding pun susah. Terlalu banyak orang pandai pun susah jika mereka tidak bijaksana. Kalau ramai berani pun susah kalau hendak menunjukkan keberanian. Kalau ikut suka hati pun susah kerana akan bicara tanpa fikir...Kalau penyiasat sudah mahu jadi pendakwa dan pendakwa mahu jadi hakim pun susah. Kalau bebas undang-undang serta peraturan pun pasti susah kerana akan bertindak mengikut nafsu...jika tiada pemisahan kuasa di antara tiap cabang tiadalah siapa bertanggungjawab untuk periksa dan imbang kuasa...bila yang bukan artis dan ahli politik bersaing untuk mendapat populariti juga, itu pun makin susah...kalau kapal ramai nakhoda cuba mengemudi arah tetap susah kerana dalam perjalanan terus bertelagah dan konflik mencari arah nak tuju serta jadi kan kapal tak tentu arah sudah pasti susah. Kapal akan karam melanggar karang atau masuk ke kawasan gelombang besar dan taufan yang tidak dapat dikawal dan karam juga. Jika semua kita hendak jadi pemimpin dalam bidang dan tanggungjawab yang puan di beri kuasa pun lebih susah. Pendek kata masing2 mesti tahu tempat bukan mengikut perasaan sendiri. Yang dipanggil kesederhanaan, jalan tengah dan keadilan itulah patut jadi panduan. Dewasa ini terlalu banyak hujah dan hakim membuat keputusan sebelum kes di entang...dan pengadilan berlaku sebelum habis hujah kes oleh yang bukan pendakwa ataupun hakim..Ada media dan ada kebebasan...kalau media primer tidak mahu siarkan ada yang lain akan siarkan samada dari dalam atau dari luar negeri...media sosial sudah jadi yang utama...yang diamanahkan tiada kesetiaan pada amanah atau patoh pada undang2 dan peraturan di atas nama kebenaran. Yang putar2 dan pening2 dan bercelaru rakyat. Terlalu ramai juara yang hendak selamatkan rakyat dan menegakkan kebenaran. Yang akan menyebabkan rakyat dan negara karam. Yang benar tetap benar....yang salah akan terserlah..
 
FBSHApost@16 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment