Thursday, October 15, 2015

PUISI: FAKIR ILMU

Kita keliru fikiran bercelaru
Kemana arah sudah tidak tahu
Ramai mahu bisu
Bicara apa pun hati beku
Kekok dan kaku...
Badan rasa lesu
Terasa tidak menentu
Fakir ilmu jahil namanya
Walau dilihat macam maju
Nilai diukur ikut parameter nafsu
Bijak berkata menutup mata
Telinga tersumbat kapas
Hanya degupan jantung
Tanda roh masih di jasad
Terdengar nafas berbunyi
Hidup lagi si fakir ini
Fakir takut kembali miskin
Tiada hati dan jiwa murni...
Semuanya sudah berubah
Hanya tunggu rebah
Tercatit dalam sejarah


Al Shifaq
9.50 malam.
D'sara.

FBSHApost@14 October 2015

No comments:

Post a Comment