Bila diimbas kembali apa yang sedang
berlaku pada dunia Islam hari ini, ia mencerminkan kelemahan dan tiada penyatuan
ummah. Yang ada adalah kepentingan politik dan kepentingan nasional. Tidak
wujud perpaduan dan akhirnya tiada kepedulian ditumpu kepada penderitaan
rakyat Islam rantau dan di peringkat antarabangsa. Segala bentuk kezaliman dan
keganasan dilakukan atas nama agama ataupun kesukuan. Justeru negara dimanipulasi oleh kuasa-kuasa besar bagi memenuhi kepentingan strategik dan
geopolitik mereka. Bila masyarakat Islam dimangsakan, tidak ada kuasa barat
atau negara Islam dapat memberhenti atau menahannya. Dalam keadaan porak-peranda dan lemah maka umat Islam dizalimi dan dianiayai sewenang-wenangya. Perlu disatukan
hati dan tekad ummat. Tiada soal campur tangan dan kedaulatan bila sesebuah
negara melaksanakan jenayah kemanusiaan ataupun pembersihan kaum. Akibat
konflik yang berbagai dalam dunia kini ada enam puluh juta pelarian dan 50% darinya terdiri dari umat Islam. Hentikan kehinaan dan kezaliman ke atas agama dan
umat Islam.
FBSHApost@22 Disember 2016
No comments:
Post a Comment