Tuesday, December 27, 2016

FBSHApost@24 Disember 2016: PUISI #14/2016 Laksanakan Amanah sebagai Khalifah

Allah jadikan Adam dan Hawa
Di situlah kita bermula
Penghuni syurga cukup sempurna
Melanggar ketentuanNya tergoda
Penipuan Iblis pertama pada manusia
Maka tercampaklah ke atas dunia
Terpisah sementara Adam dan Hawa
Bertemu di Jabal Rahmah semula
Dari keturunan yang satu
Diselerakkan berkaum dan bersuku
Berbagai dan berbeza
Perintah Nya hiduplah bersama
Di atas bumi Nya
Khalifah untuk melaksana
Amanah adil dan saksama
Satu anugerah mencipta sejahtera
Tidak menzalimi dan menganiaya
Berpegang pada iman dan taqwa
Mencari jalan sederhana
Mentadbir dan mengurus segala
Namun ramai terjebak pada dusta
Rakus nafsu menguasa
Mahu pada poyaan dunia
Hilang akhirat pedih rasanya

6.45 pm

24/12/16

No comments:

Post a Comment