Saya terfikir berapa untungnya kita yang
tinggal di bumi malaysia... kita bisa ketawa kita bisa menangis bila gembira
bisa bergerak bebas tanpa batas cari rezeki ada tanah dan padang lapang. Tiada
bom serkap jarang...kita tidak perlu lari di pintas kita bangunkan tanah -tanah
luas...Kita bina wisma yang tinggi dan rendah kita perhati puas kita masih ada
rimba yang belum tebas rakus tidak puas boleh ambil senyap-senyap jual dapat
duit banyak ada ladang dan taman-taman tiada darah atas bumi kerana konflik dan
dizalimi.
Jalan kecil dan besar lebuh raya menyaling hubung keretapi bergerak
menghubung negeri dan daerah, sungguh bertuah orang Malaysia kalau miskin dan
lapar ada pemerintah dan ada kaya ada jutawan jika mereka budiman tiada siapa
hidup kekurangan...sesuap boleh dapat. Pendidikan boleh diberi tapi mesti ada
yang perhati.
Negeri dan negara ini semua cukup tapi jauh dan dekat di sana
ramai bermatian berbunuhan diperkosa dan diseksa. Sungai dan lautnya darah
menangisnya perit susah api menyala tidak berhenti manusia terus mati tanpa
berhenti. Wisma hancur rata rumah ranap semua ratapan tidak didengar porak-peranda meminta berselerak di bumi Allah...perit dan sedihnya tiada ehsan
konflik manusia terlalu sikit orang beriman dan taqwa berterusan orang jadi
tebusan kuasa-kuasa sedang bermain catur politik siapa mangsa tidak kira nasiblah..
Anak-anak muda jagalah negara kalian bersyukur walaupun bukan semua baik
lebih baik dari bertempur berkonflik.. jagalah pemuda-pemudi tiang-tiang seri ini
carilah aman dan damai... kalian penentu warisan dan kesinambungan jangan diperhambakan dalam negara di anggap watan.
Di tulis cara bebas mengikut curahan
benak pukul lapan pagi di teratak shifaq yang aku huni.
26/12/16
FBSHApost@27 Disember 2016
No comments:
Post a Comment