Hari ini disambut Krismas mengikut
kepercayaan orang Kristian hari kelahiran Nabi Isa Alaihissalam. Kini sambutan
hari-hari perayaan sudah bertukar dari perkara kerohanian dan keagamaan kepada
komersialism dan konsumerism. Sebagai gimik menambah jualan dan keuntungan.
Itulah yang dipanggil sebagai fenomena pemodenan berasaskan kebendaan dan
hedonisma.
Undang-undang dipisahkan daripada pengisian akhlak dan nilai suci. Di sebaliknya diganti dengan hak kebebasan mutlak individu memilih gaya hidupnya sendiri
tanpa mengambil kira sistem nilai masyarakat.
Di sinilah berlaku pertembungan
di antara Islam dan negara barat di dunia yang berasaskan globalisasi dan dunia
tanpa sempadan. Perkara ini tidak mungkin terselesai melainkan kita mengikut
secara keseluruhan yang dikehendaki barat. Justeru kepelbagaian agama, etnik
dan budaya pun tidak diterima di negara-negara barat kerana mereka menilai
keganasan dan terrorisma dari sudut agama dan warna kulit pelaku.
Akhirnya sebab
sebenar mengapa perkara begitu boleh berlaku tidak diberi perhatian diselidik
dan dianalisa. Makanya ia bertembung dengan pergerakan nasionalisma yang mahu
memaksa asimilasi mengikut acuan negara masing-masing dari segi sistem nilai
dan norma. Kebebasan yang mereka anjurkan tidak digunapakai bagi umat Islam.
FBSHApost@25 Disember 2016
No comments:
Post a Comment