Masalah yang dihadapi umat Islam hari ini adalah kerana tidak menghayati ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W. Kita banyak bercakap, namun ramai tidak susuli dengan amalan dan perbuatan yang sebagaimana kita anjurkan...mithalnya dalam hubungan silaturrahim, akhlak terpisah dari iman dan taqwa. Kita tidak menunjukkan dari tingkah laku bagaimana indahnya Islam sebagai agama keamanan dan keselamatan dan kita juga tidak mencontohi akhlak Rasullullah S.A.W. Kita dihina dan tercemar dengan imej yang keras dan ganas.
Semoga kita dapat taufik dan hidayah dari Allah dan Rasul Nya yang membawa rahmat untuk sekalian Alam. Wallahua'lam.
FBSHApost@13 Februari 2016
No comments:
Post a Comment