Pepatah Melayu cukup tajam bila membincangkan hal alam dan manusia... Pelanduk sering terlalai tentang jerat tapi jerat tidak lupa mahu memerangkap pelanduk...Lumrah insan dengan kelemahan yang ada pada cepat lupakan apa yang dia ambil dan menerima. Pemberi selalu ingat....Lagipun manusia di jadikan dengan berbagai keupayaan... Berlakon, berpura-pura, petah berkata-kata dan berbicara, cerdik memperdaya, manis berjanji. Pendek kata, manusia memiliki bermacam warna dan beraneka kebolehan....hingga pada Tuhan pun diingat boleh terlepas dari rakaman tepat rekod amalan dan perbuatan.. Astaghfirullah bila dicampurkan dengan ego, riak dan sombongnya Allahhu Akbar dia bisa seperti dia Malaikat.. Sedangkan jika kita tidak senantiasa mengukuhkan iman dan taqwa kemungkinan besar kita akan menjadi penipu, penfitnah dan pembohong...sikap dan tabiat manusia hari ini amat membingungkan kerana banyak yang fikir dia akan hidup selama-lamanya.
FBSHApost@24 Februari 2016
No comments:
Post a Comment