Ramai dari orang-orang lama dalam politik diberitahu duduk saja di rumah dan berdiam-diam...Jangan masuk campur dengan hal politik hari ini kerana dikatakan tidak faham dan pandangan pun sudah lapuk....Alhamdulilah ramai masih lagi segar dan fikiran pun belum lumpuh. Ramai yang masih boleh membaca dan menganalisis dari sumber-sumber yang ada. Tetapi selain dari ahli-ahli dari persatuan tertentu dan AJK mereka yang diminati oleh pemerintah kebanyakan mereka terbiar begitu saja dan tidak pun ada taklimat khas mereka ataupun dikemaskinikan pengetahuan dengan maklumat dari pemerintah.
Orang lain dan kumpulan lain yang rajin mendengar pandangan atau meminta pandangan mereka. Di majlis-majlis pun kalau dijemput pun diletak di sudut-sudut. Yang sering mengundang mereka kedutaan asing...secara formal atau tidak formal....elok kalau adakan database orang lama yang masih tajam dan tidak lagi lumpuh pemikiran mereka. Justeru untuk menyuruh mereka bercakap menyokong dan patuh tanpa ilmu dan pengtahuan agak tidak adil.
Diibaratkan melukut tepi gantang....menghabiskan saki baki hidup kita dengan cara dan kaedah sendiri...Syukur Allah beri pinjaman hidup lagi...negara ini terlalu indah untuk kita rosakkan...yang lama pun mahu negara ini terus maju dan berjaya....
FBSHApost@7 Februari 2016
No comments:
Post a Comment