Friday, February 12, 2016

FBSHApost@2 Februari 2016: Kerana Sombong


Di dunia serba moden dan canggih serta pemikiran maju yang menjadi mangsanya adalah manusia yang hilang iman dan pedoman..

Pendekatan manusia berubah dan tidak perlu etika dan moral lantas tidak takut kepada mati...Maka timbullah mereka yang tamak haloba, iri hati dan cemburu sama sendiri. Hilang dari tawaduk.

Teringat saya bila Iblis mempersoalkan mengapa dia perlu sembah kepada manusia yang dijadikan Allah dari air dan tanah liat sedang kan dia jadi dari api biru yang paling kuat. Terlupa Iblis kerana kesombongan, Allahlah yang menjadikannya dan memerintahkan berbuat demikian. Yang dia bantah adalah Allah..sebenarnya api dan tanah liat lebih kukuh dan boleh memadamkan api...hikmah Allah. 

Manusia jika terdorong ke arah kesombongan akan mengamalkan pe'el2 buruk...cemburu, iri hati, dengki, fitnah dan suka membohong sehingga keadaan menjadi parah...bila dibantu oleh IT dan teknologi....

FBSHApost@2 Februari 2016

No comments:

Post a Comment