Friday, February 12, 2016

FBSHApost@5 Februari 2016: Cabaran Malaysia


Assalamualaykom di pagi Jumaat yang indah ini...

Semoga Allah berikan petunjuk di jalan kebenaran dan terus pelihara negara ini..Aamiin...

Saya menjelajah ke macam-macam negara dan bertemu dengan berbagai manusia....ada negara yang sejuk, panas....ada yang terlalu sejuk dan ada yang terlalu panas...ada yang miskin dan ada yang kaya.....begitulah juga dengan rakyat atau orang di negara-negara tersebut. Ada yang hidup merana dan papa kedana...ada yang dicabuli hak dan menjadi pelarian, ada rakyat dan pendatang yang tinggal di kaki lima, ada yang hidup liar, ada negara yang lelaki hendak jadi perempuan dan perempuan hendak jadi lelaki...ada berpakaian sempurna dan ada terdedah segala-galanyanya....itulah dikatakan bebas membuat pilihan..ada yang mahu hak individu lebih utama dari masyarakat..saya renung dan teliti....ada pelampau ada sederhana....ada yang berilmu dan ada yang fikir berilmu...asam garam dan berneka warna-warna hidup.. Itu semua rempah ratus kehidupan hasil dari pemodenan dan kemajuan...ada yang berakhlak dan ada akhlak ikut selera dan suka hati.

Apa pun saya menganggap negara ini yang terbaik walaupun ada berbagai kekurangan. Ada ramai tidak pandai bersyukur merungut tidak habis-habis dan ingat rumput hijau di sebelah sana...politik ke ekonomi ke, sosio budaya ada berbagai cabaran dan turun naik itu lumrah alam...keselamatan pun begitu juga ada cabaran yang perlu diuruskan...banyak berbahas pun tidak berfaedah...tengok orang lain kurang pun tidak guna....pemimpin pun macam jari seseorang...tidak sama....selalu dilupai segalanya telah tersusun Allah untuk mencuba manusia....Tiada yang kekal. 

Malaysia hari ini berdepan berbagai cabaran. Ada baik dan ada yang tidak..banyak yang berbincang ini dan itu bagus dan... tidak bagus....ada tengok pemimpin ke isteri ke pengikut ke orang disekeliling ke penasihat ke..tidak layak dan pincang...dan yang di luar lebih baik....macam-macam...yang diperkatakan tentang cerita jenayah, rasuah....yang itu baik dan ini jahat...itu pun lumrah..setiap yang Allah berikan ada sebab dan hikmahnya....mungkin ada punca dari perbuatan sendiri..atau yang berlaku sekarang atau di masa lampau. Allah berikan pada makhluk apa yang dikehendaki...hanya sebabnya ada masa ketara dan ada masa tidak...begitulah seterusnya.

FBSHApost@5 Februari 2016

No comments:

Post a Comment