Selalu bertanya bukan tidak faham
Selalu bicara bukan kerana pandai
Selalu memerhati bukan kerana suka peduli
Selalu berbincang setakat ingin memahami
Selalu berkawan untuk mencari sahabat
Selalu bertelaah mahu menimba ilmu
Selalu memijak bumi dan menjunjung langit kerana setia
Selalu mencari kata indah untuk sopan dan tertib
Selalu merasa niqmat kejadian kerana mahu bersyukur
Selalu merendah mencari tawaduk
Selalu tunduk kerana hormat
Selalu bersyukur kerana masa ada hanya sejangkal masa
Selalu minta maaf kerana banyak buat salah tanpa sangka
Selalu mencari cahaya supaya tidak terperangkap dengan gelita
Selalu mohon petunjuk jalan lurus takut terjerumus
Aku fakir di kalangan ribuan dan jutaan yang pincang dan tidak sempurna

6.30ptg
Al Shifaq.
FBSHApost@30 Januari 2016
Al Shifaq.
FBSHApost@30 Januari 2016
No comments:
Post a Comment