Saya fikir elok bagi ahli parti dan kerajaan memerintah di peringkat persekutuan melihat pada:
1) Ada satu kerajaan, satu dasar dan satu pegangan walaupun BN ada 14 parti komponen.
2) Perbezaan patut disuarakan mengikut saluran parti walaupun boleh menegur secara terbuka.
3) Bertindak dan berpegang kepada tanggungjawab bersama.
4) Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mesti didukung dan sokong di ruang terbuka oleh semua ahli pentadbiran walaupun di ruang dalaman bolehlah dikritik dan ditegur.
5) Janganlah membuka ruang kepada musuh ataupun melahirkan musuh-musuh baru melalui perbuatan atau tindakan.
6) Berhujahlah dengan menggunakan pandangan/hujah rasional dan bukan emosional.
7) Elakkan melahirkan kebencian pengundi ataupun akar umbi kerana sikap dan tingkah laku.
Ingatlah bila menjadi pemimpin adalah milik orang ramai.
Sekadar ngomong ngomong kosong.
FBSHApost@29 Disember 2015
No comments:
Post a Comment