Alhamdulillah satu hari lagi dipinjamkan nyawa dan kesihatan. Ia satu nikmat bernilai yang Allah berikan kepada makhluk manusia semuanya pinjaman...Itu cerita ustaz kepada jemaah masjid dalam kuliah selepas solat subuh. Kebesaran dan kehormatan Insan tidak bergantung kepada pangkat dan harta bahkan kepada amal iman dan taqwa. Dia seterusnya menceritakan tentang kejadian malaikat dari cahaya, dan Iblis dan Jin daripada api dan manusia tanah liat yang busuk. Tapi tiada hebatnya kalau dibandingkan dengan kejadian jin dan malaikat. Tapi Allah muliakan manusia...Apa guna hendak sombong sedangkan segala-galanya hak Allah...Jin tiada bentuk dan mereka boleh memasuki pada seluruh tubuh badan untuk mempengaruhi manusia ikut jalan Iblis dan Syaitan. Allah berikan syariat supaya manusia selamat dan contoh yang terbaik dari Muhammad S.A.W. dari aspek ketuhanan kemanusiaan... Akhlak, perilakunya dan percakapan. Jika manusia patuh dan taat ikut kehendak Al Quran dan Sunnah manusia aman dunia akhirat..Satu ingatan yang amat baik.,Wallahhua'lam.
FBSHApost@21 Februari 2016
No comments:
Post a Comment