Banyak yang perlu dilakukan untuk membina sebuah negara bangsa dalam konteks kepelbagaian agama, bangsa dan budaya di Malaysia. Tidak dapat dinafikan keunikan Negara ini adalah kerana kepelbagaian, namun dapat diadunkan kepelbagaian ini dengan jayanya berasaskan sosio-budaya dan kebaikan bersama. Pergaulan sosial di antara kaum boleh dikatakan ada keserasiannya, makan dan pemakanannya pun diadunkan secara baik, berkesan dan enak, lantas Malaysia juga telah berjaya mengambil unsur2 dari kepelbagaian yang mencerminkan budaya Malaysia.
Masyarakat Malaysia di peringkat awal, mereka kenal apa yang boleh dan apa yang tidak. Tidak ada elemen memaksa ke atas orang lain. Justeru ada toleransi dan keharmonian yang menjadikan keamanan tercapai. Tidak wujud perasaan bangga atau sombong untuk bergaul. Cerita sebegini seringkali dilihat sebelum dan selepas kemerdekaan. Justeru jalinan kefahaman berasaskan kepada kemajmukan mesti menjadi amalan lazim untuk mencapai kesejahteraan dan keamanan negara dengan semangat identiti kenegaraan bersama.
FBSHApost@19 Januari 2016
No comments:
Post a Comment