Saya tiba di London jam 5:10 pagi hari Ahad 9/10 2016. Kawan (sebenarnya boleh menjadi seperti anak saya) seorang keturunan Rohingya yang dibawa lari daripada Rakhine oleh ibu dan ayahnya ke Bangladesh semasa umurnya satu tahun dan kemudian sebatang kara dibawa sebagai pelarian ke UK dan kini rakyat Britain datang mengambil saya dari lapangan terbang Heathrow untuk ke Oxford. Cuaca musim sejuk mula muncul walaupun daun-daun di pohon-pohon dan taman-taman masih hijau lagi. Berselubung saya tidak tahan sejuk. Ini satu daerah di UK yang diduduki oleh berbagai Maktab yang dipanggil Oxford University. Indah, cantik dan dipertahan sejarah, tradisi dan warisannya.
Saya nostalgia dan tiap-tiap hari berjalan berkilometer mengingati zaman saya belajar A level di Kolej Lanjutan Pelajaran. Bilik yang saya sewa pada masa itu dimiliki seorang Pakistan yang berkerja sebagai Posman. Dengannya saya belajar masak beriyani dan lauk-lauk kari kambing. Kini Oxford telah berubah dan lebih kosmopolitan.. Berbasikal adalah satu mod perjalan yang popular warga Oxford kerana susah nak mendapat parking. Saya berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam setiap hari. Mula belum faham jalan gunakan teksi tapi terlalu mahal dan apabila dah faham nombor-nombor bas pergi ke mana naik bas. Secebis cerita sebelum solat subuh.
FBSHApost@12 Oktober 2016
No comments:
Post a Comment