Thursday, November 10, 2016

PUISI #16/2016: Bersyukur atas Kasih Ilahi

Ramai tidak tahu
Apatah lagi mengerti
Rahsia jasad dan hati
Jiwa yang perlu mensyukuri 
Dalam ramai terasa bersendiri
Bila sendiri ada ramai yang mendampingi
Dari jasad fikir dan hati
Terasa indah hidup dipinjami
Untuk dilalui hanya seketika ini
Bisikan yang menyayangi
Rindu yang mencintai
Berkeceramuk dan bercelaru alam insani
Merenung pada semesta dan keajaiban kuasa Ilahi
Justeru meninjau kedalam diri
Bukan bermimpi tetapi sedih kerana ada yang tidak mengerti
Anugerah tinggi
Lari dari amanah diberi
Fakir bersendiri mencari diri
Mohon laluan diredhai
Merentasi sepanjang detik masa dan waktu
Menzahiri pancaroba langit dan bumi
Masa itu fakir merenong dan termenung
Tentang kasih dan sayang Ilahi membentuk duniawi
Bagi tiba ke ukhrawi kekal abadi

Le Meridien Paris
Pukul 6 pagi
24hb Ogos 2016
SHA

No comments:

Post a Comment