Hari ini Tazkirah selepas subuh Ustaz menceritakan bagaimana Nabi Adam menerima untuk memikul amanah Allah sedangkan makhluk lain tidak sanggup menerimanya. Anugerah Nya ialah tinggal di Syurga tapi melalui tipu daya Iblis, Adam dan Hawa menderhaka pada perintah Allah justeru dikeluarkan dari Syurga untuk hidup di bumi. Adam bertaubat dan Allah terima taubat Nya. Manusia diberikan akal dan nafsu, sedangkan binatang hanya nafsu. Akal membolehkan manusia memilih di antara yang baik dan buruk. Tapi akal saja tidak akan sempurna dalam melaksanakan amanah Allah. Ia perlukan panduan wahyu melalui AlQuran dan Sunnah. Amanah akan menjadikan manusia adil, meneroka ilmu, mengikut hukum dan peraturan. Bila manusia gagal melakukan amanah ia akan membawa kehancuran. Yang benar tidak akan dipercayai dan yang tidak benar di katakan benar. Mulalah mereka yang jahil bercakap tentang subjek mereka tidak berilmu. Dalam kata lain inilah zaman mereka yang bukan ahli diberikan amanah. Timbullah kecelaruan dan fitnah menjadi-jadi. Fikirlah tentang tanggungjawab mengurus amanah di muka bumi. Wallahu a'lam.
FBSHApost@13 November 2016
No comments:
Post a Comment