Thursday, November 10, 2016

PUISI #17/2016 Kegilaan Dunia Pemodenan

Fakir perhati pada dunia fana
Terlalu banyak geram dan dendam...
Semua hendak digenggam
Islam hendak dibenam dan tenggelam
Mukmin mahu berubah dikata Islah
Islam liberalnya dan modennya
Baru dipanggil maju dan progresif
Sempurna
Tidak sedar dibelenggu kaku
Terus bertukar gila-gila mahu jadi sama
Tidak sedar dipandang hina
Buang akhlak tinggalkan budaya
Bicara pun macam mereka 
Bertemasya dan berpoya mencari kaya dan harta
Berhujah ilmu budiman 
Bercakaran konflik tidak berhabisan
Semua dikuasa Tuan berlainan
Jadi cendiakawan memberi tafsiran
Ketawa besar sudah kedepan
Terasa fakir sudah di takhluk hati dan fikiran
Yang terpinggir dibiarkan
Ditepian tiada makan dan kelaparan
Bertempiaran
Fakir kesian ingat kemajuan 
Sebenar miskin adil dan ehsan
Fana ini dipimpin dengan kegilaan
Itulah oder dan agenda pemodenan
Fakir ada di sudut keseorangan..

6:30 am
Intercon London
26/8/16

FBSHApost@26 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment