Setiap hari saya muatkan pandangan dan perhatian berkenaan bebagai tajuk dan luar negara atau isu-isu keagamaan dan kemasyarakatan. Kini ramai orang luar negara bertanya dan ingin tahu tentang keadaan Malaysia hari ini. Mungkin kita akan bertanya mengapa ada pertanyaan sedemikian atau mengapa orang berminat sangat hendak tahu tentang Malaysia. Pada saya ini adalah suatu perkara yang tidak menghairankan kerana Malaysia sering dilihat sebagai sebuah negara berjaya dari perspektif ekonomi, politik, keselamatan dan perpaduan kaum. Namun hari ini kita teruji kerana berbagai kekalutan dan polimik tentang skandal, ekonomi dan kewangan, politik, dan dalam isu perpaduan kaum serta soal golongan pelampau yang mengancam keselamatan. Pada saya kita mesti kembali tertumpu untuk memperbaiki status, imej, keyakinan dalam dan luar negara terhadap Malaysia. Untuk jadi popular mudah tapi untuk bertindak tepat dan baik bagi kepentingan agama dan negara susah. Bangun lebih baik dari tidur. Tidak boleh leka dengan penafian.
FBSHApost@14 September 2016
No comments:
Post a Comment