Monday, November 14, 2016

PUISI #18/2016 Kita Penuh Kekurangan

Kita sangka kita terbaik
Sebenarnya ada yang lebih cantik
Kita kira kitalah paling berkuasa
Tapi ada yang lebih berkuasa
Penentu segala-galanya
Kita rasa kita paling kuat
Sebenarnya kita kurang melihat
Ada yang lebih kukuh tanpa bersuara gah
Tidak juga berasa megah
Dia sedar ada yang Maha Besar
Kita sangka kita paling beriman dan taqwa
Kita lupa ingat sebegitu jadi kita belum cukup tumpat
Belum tunduk dan merendah
Banyak pamer luaran yang dalam masih berkurangan
Lidah pintar bicara apa saja
Namun hati tidak mapat mengingat
Semuanya sementara, seketika saja
Yang pemilik kuasa alam dan semesta bukanlah kita
Alam ini juga fana untuk cuba kita
Mudah lupa atau ikhlas pada Nya
Berpoya seketika gembira
Atau melabur pada yang kekal selamanya
Yang kita ada akan luput binasa
Perjalanan hendak tiba banyak duga
Melainkan yang mendapat cahaya akan bertapak
Kuat di dunia dan akhirat
Jasad kita akan lusuh bila roh disimpan
Untuk ditemukan semula di alam yang berkekalan
Mohon amalan kita soleh untuk menghuni syurga
Bersama rasul pembawa rahmat
Tidak kita durjana menghuni neraka
Terpedaya dengan iblis yang mempersona
Kita sebenarnya tidak ada apa hendak bermegah
Setelah berusaha kepada Allah bertawaqallah
Kita hina kita rendah
Janganlah lupa kisah yang dibawa risalah
Mahu dimantapkan iman jauhkan dari Syaitan
Rupanya kita semua tidak kuat 
Bahkan penuh kekurangan

Alsyifaq
Bukit Damansara 
7pagi
3/10/16

No comments:

Post a Comment