Dalam perjalanan hidup samada secara sedar atau tidak kita banyak buat kesilapan atau kesalahan terhadap diri dan orang lain. Mungkin juga terkasar, sombong, ataupun mengangkat suara terlalu kuat, mengarah kerana kuasa dan jawatan dengan megah... tidak sabar... berbangga.... riak tanpa sedar....Allah, banyak kelemahan dan ketidaksempurnaan aku...kepada yang dekat dan mungkin yang jauh. Sambil sarapan dengan isteri pagi ini dia bercerita jika mahu lakukan sesuatu tanya samada apa kita buat dan lakukan Allah suka atau tidak. Jika tidak itu yang perlu dibetul kan. Mohon ampun kepada Allah dan mohon ampun pada kawan ataupun manusia lain yang kita telah melakukan kesalahan, keterlanjuran atau kekasaran...pasti ada...justeru disisa hidup ini dan diruang ini aku mohon keampunan dan keredhaan... Kita berdua sering duduk merenung & berbincang tentang laluan, tentang kasih dan kemurahan anugerah Allah pada kita walaupun kita bukan yang terbaik.
FBSHApost@26 Oktober 2016
No comments:
Post a Comment