Wednesday, November 9, 2016

PUISI #15/2016 Pudarnya Semangat Merdeka

Merdeka dan bebas satu bicara
Fikir merdeka dan jasad turut serta
Berapa keringat dan darah tertumpah
Supaya bangsa terhormat dan tidak ternoda
Ditunjuk arah dari lain dari kita
Dipandu untuk mengengeh saja
Apa erti merdeka jika dibelenggu
Hati dan jiwa
Tiada berani untuk bersuara
Menegak yang hak sebenar
Didendang dengan ganjaran tidak bermakna
Disuap dan diikat nusa
Ditekan di sudut hina
Apakah itu dikata merdeka
Hati dan fikir dijajah gementar 
Untuk berkata
Terpinggir dan tertinggal kerana
Diadun leka
Kampung halaman hanya tinggal nama
Terlalu kecil di kalangan yang dipandang mulia
Tanah dan bumi hanya pusara yang tidak diambil lagi
Selain menjadi bahan sejarah yang telah pergi
Apa dia bebas dan merdeka ini
Hanya teka-teki yang telah di manipulasi
Namun tarikh dan ketikanya masih di ingati
Masa berlalu terlalu sedikit milik anak negeri
Masihkah kau leka menyanyi semangat yang tiada lagi
Berkobar tetapi tiada erti
Walaupun berbahas tidak henti..
7.15 pm 
Al Shifaq 
8/8/16

No comments:

Post a Comment