Terlalu ramai orang bercakap dan menulis dipelbagai portal, FB, Twitter, Instagram dan lain-lain konon nya di atas fakta.....yang jahil pun mengaku berilmu....merbahaya bila berilmu dan tidak berakal dan di sebaliknya yang berakal tetapi tidak berilmu...kononnya menganalisa fakta serta membuat rumusan yang juga beraneka ragam....tuduhan dan andaian.....yang menarik....ada masanya seolah nampak benar....Lantas timbullah macam-macam reaksi dan jawapan dari pihak pihak yang menganggap bertanggungjawab. Ada masa respon terfikir dan ada masanya menjadikan lebih berceramuk...kerana banyak latahan lebih meningkatkan jolokan orang yang mengganggu persepsi negara dan orang lain terhadap Malaysia....ada agenda tersurat dan tidak kurang tersirat....
Persepsi negatif membebankan negara dan iklim dalaman dan luaran bercampur campur....tidak habis cerita 1MDB, DOJ dan terbaru keretapi....keceluparan boleh menggegarkan negara....dalam konteks keselamatan, ekonomi, sosio budaya dan politik...memang lumrah manusia akan berkonflik dan berbeza....hanya perlu bijak mengurusnya....akan ada yang bersetuju dan ada tidak.....ada cakap benar dan ada mengulang pembohongan yang membuat orang percaya benar....ada yang maki dan ada yang mengk....ada yang mengampu dan ada yang merapu....lumrah...Apapun kebenaran akhirnya akan terserlah...yang benar tidak akan berasa gentar dan takut....ketentuan dan hidayah adalah milik Allah.. Nabi dan Rasul pun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Bila Allah hendak ambil balik amanah dari kita akan direntap sekelip mata. Sebagai manusia biasa yang membaca dan mendengar kita perlu berwaspada dan berhati-hati...bersyukur apa yang ada dan juga apa yang tidak ada...Wallahhua'lam
FBSHApost@31 Julai 2016
No comments:
Post a Comment