Wednesday, August 19, 2015

ASAM GARAM POLITIK


Heboh-heboh bising-bising....tapi itulah politik... ada pemain ada pemerhati...kadang penganalisa bicara lebih banyak dari semua...peramal akan membuat macam-macam teka-teki politik...apa pun segalanya dalam kekuasaan Allah yang Maha mengetahui sebelum dan selepas...mengikut sejarah Tan Sri Jaafar Albar, Tun Dr. Ismail dan Tun Musa akan berhenti sekiranya tidak bersetuju dengan Ketua...tapi Tan Sri Muyiddin tetap Timbalan Presiden...namun masing-masing lain zaman lain era..Tindakan Najib....adalah sesuatu yang di jangkakan dari segi prinsip yang mendasari politik... bersetuju atau tidak...Untuk berdepan dengan kemelut beliau perlu ambil tindakan dan tubuhkan pasukannya yang boleh mengambil tanggungjawab bersama....ini masa untuk konsolidate parti dan kerajaan....Selamat berjuang..

FBSHApost@29 July 2015


Wahwah....kota ku tinggal papan tanda
Sudah pudar tak dapat ku baca
Dalam benak ku bertanya
Tempat ini halaman tetanga
Berubah wajah dan rupa
Di huni oleh kabilah berbeza
Bahasa nya pun tidak ku fahami
Lidah kelu tiada suara
Mereka bergerak tidak sehala
Kucar kacir mengatur kerusi meja
Ada jamuan besar hidangan belum tersedia
Yang menunggu lapar mahu menerpa
Lampu menyuluh terang benderang
Tapi tak ku lihat tempat lapang
Terus bimbang bila nak tiba siang
Awan gelap angin kencang
Terlalu banyak kayu penghalang
Baik lah aku pulang

FBSHApost@29 July 2015

No comments:

Post a Comment