Kering kontang tanah merkah
Langit mendung awan gelap menudung
Makhluk berbagai berasak bergegas lindung
Ramai ternganga menadah tuah
Bila gersang akan sudah
Suara bicara tanpa suara
Hilang bijaksana
Telinga terbuka tanpa dengar
Mata terbuka besar
Berlegar putar
Tapi tidak terlihat apa berada di sekitar
Hidung menghidu namun kau tidak terbau
Sudah bercampur aduk setiap kejadian
Walaupun kau sibuk berpidato
Tiada yang faham bicara
Kepala berputar tiada bijaksana
Aku bingung hala tuju
Walaupun kata2 mu beribu- ribu
Himpunan tetap keliru
Haru biru
Bicara tidak di jawab
Wallah hu alam bisawab
Aku mencari pada angin
Supaya meniup awam hitam
Menghilang kan kabus gelita
Menunggu terang memancar cahaya
Teduhan hijau hijauan kembali segar
Mentari menyinari dan pancuran air mensuci
Bumi ini
Mendingin kan kehangatan
Gempitan ketenangan
Menyejuk hati dan jiwa dengan keamanan
Akan beredar membawa perubahan
Aku bermohon pancaindera menyelaraskan bijaksana
Seirama dan senada membawa pergerakan.
FBSHApost@28 Ogos 2015
YBhg Tan Sri. Maaf kalau bertanya di tempat yg salah. Suatu ketika dahulu, terminal bersepadu selatan amat sinonim dengan negeri johor. Tapi kini, sejak perkhidmatan bas pantai timur dipindahkan, saya lihat bendera kelantan pula diutamakan dari segi protokol dan dikibarkan di samping bendera malaysia, wilayah dan spad. Dari dulu lagi saya nak tanya. Apa istimewanya negeri kelantan kepada kerajaan persekutuan? Sedangkan majoriti rakyatnya menentang pemerintah? Sebagai anak johor tempat lahirnya umno, saya sangat kecewa. Seolah2 'Kaduk' yang asalnya datang menumpang, kini telah menjadi 'tuan'. Kenapa tak tukar sahaja namanya kepada Terminal Bersepadu Kelantan?
ReplyDeleteCadangan saya, cukuplah kibarkan bendera malaysia, wilayah dan spad sahaja. Itu lebih saksama. Jangan dirajuk hati rakyat johor. Sekali air bah. Sekali pantai berubah.