Wednesday, August 19, 2015

SEJAMBANG SAYANG


Terfikir aku bagaimana indah sejambang sayang
Seperti harum yang mewangi siang dan malam
Di sirami cahaya bulan yang di sinari bintang
Sentuhan dua insan mencari singgahan
Di lapangan tiada kebencian
Di sulam bahasa memupuk sandaran
Saling bergantungan mengengam tangan
Bertutur menghembur murni
Mencantum hati mengikat budi
Adat dan hukum menjadi sendi
Di bawah naungan langit dan awan
Berteduh insan di atas bumi
Menepati janji berpanji setia
Tidak mempersenda kasih yang di bina bersama
Itu lah asas kekuatan bangsa
Janji di kota tanda bersyukur pada maha esa
Darah dan nyawa satu berjiwa
Menanam kasih membina sayang
Selamat lah agama bangsa dan negara.
Berjabat semula mengabung saf lurus untuk bermula
Sehingga akhirnya tanpa perlu aku bertanya engkau bagaimana


8.30 am Alshifaq.
FBSHApost@9hb Ogos 2015.

No comments:

Post a Comment