Kita kini berdepan pelbagai kemelut melibatkan politik, ekonomi, keselamatan dan sosial. Ada yang di sebabkan unsur luar dan ada yang di sebabkan perkara-perkara dalaman. Tapi apa yang jelas pihak kerajaan dan pimpinan telah gagal memberi response yang kredible dan memuaskan. Justru ia membangkitkan lebih banyak tanda tanya yang menghakis keyakinan dan kredibiliti kerajaan. Lebih lama tidak di selesaikan dan berpanjangan ia di debatkan lebih parah kedudukan negara dan kepercayaan rakyat. Rata-rata sudah timbul perasaan kebencian kepada pemimpin dan.kerajaan. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin dan mereka yang bertanggungjawab untuk menyiasat juga tidak menukar pandangan dan pendapat rakyat di semua peringkat.
Tuduhan konspirasi juga tidak membantu kerana soalan utama adalah tentang salah laku jenayah yang belum lagi terjawab. Saya tidak fikir akhbar atau media sosial dapat membantu. Sebenarnya ia memburukan lagi imej dan reputasi negara di peringkat domestik dan antarabangsa. Begitu juga menyekat wakil-wakil rakyat dari bergerak melahirkan banyak kemarahan. Soalnya lebih mudah beri jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Jawapan nya mesti di berikan secara tepat dan telus. Yang utama sekali ialah mengambil tindakan kepada pelakon-pelakon utama dalam isu 1MDB dan tuduhan-tuduhan penyelewangan kewangan. Kemarahan rakyat sudah pun menjejaskan kedudukan parti, pimpinan dan kerajaan. Kita kena dengar suara rakyat dan ini lebih baik dari berdolak-dalek terhadap jawapan dan pertanyaan-pertanyaan rakyat.
Masanya sudah tiba untuk kita berterus-terang dari mengheret masalah ini lebih jauh lagi. Dengar perbualan di kedai kopi, di hotel, di rumah, di kalangan suri rumah tangga, golongan professional, pekerja pejabat dan lain-lain serta di mana juga ada dua orang dan lebih semuanya akan bercakap berkenaan isu yang sama. Ada juga mengutuk keadaan dalam negara sendiri dan buat keputusan untuk berpindah ke negara lain. Tapi kebanyakan kita takkan meninggalkan negara tercinta ini. Penyelesaian segera dalam konteks politik, ekonomi, keselamatan dan sosial mesti diperolehi sebelum negara ini di hancurkan.
FBSHApost@26 July 2015
No comments:
Post a Comment