Saya teringat menukil sebuah sajak bertajuk ' masihkah kau ingat' kerana pemimpin sering terlupa apa yang di luahkan dari bibirnya yang lunak manis. Tapi ini saya perturunkan mengikut ingatan saya:
Lunak bahasa mu memikat
Kau memukau dengan wacana hebat
Lantas aku terus taat
Aku berkorban tenaga dan keringat
Waktu dan saat
Menjunjung mu sebagai penyelamat
Masih kah ingat gagasan membawa rahmat
Penyambung Risalah
Aku junjung penuh hikmat
Kau merencana wawasan merubah
Membela bangsa dan derajat
Masihkah kau ingat
Kami mengangkat mu bernobat
Memberi pangkat berdaulat
Kau menitis airmata hormat
Kau janji tidak akan khianat
Di mana juga kau berada
Kami mendampingi sama
Kami ingat mahu mencari
Kami letak mu untuk agama bangsa dan negara
Masihkah kau ingat natijah bersama
Kini kau di alam poya dan pura
Tapi kau sudah lupa dan tidak ingat
Siapa aku dan kami yang mengusung mu sepanjang hari
Dewasa kau ramai pengiring mengelilingi
Aku di pinggir memerhati
Memang kau bukan nabi maklaikat dan wali
Sudah pasti tidak maksum diri
Tapi insan di pegang kerana janji
Membawa wadah suci
Masih kah kau ingat bersumpah tidak menodai
Namun aku fikir kau tidak ingat lagi
Kau sudah tidak kenal lagi
Hanya rafak ku masih kau ingat
Terus ku ulangi.
8.16 pagi
Teratak Sh
Teratak Sh
FBSHApost@22 July 2015
No comments:
Post a Comment