Wednesday, August 19, 2015

GELOMBANG TANAH AIR


Gelora gelombang goncang
Gendang tombang...
Tiada sayang lebih bimbang...
Terlalu ramai jadi garang
Muka merah meradang
Hilang sudah hendak timbang
Tidak kira bumi merkah..
Pisau dan keris sudah terasah
Bersedia untuk berbalah
Bujur berlalu melintang patah...
Biar puteh mata jangan puteh tulang
Tiada siapa yang boleh menghalang
Bergelut dalam kemelut 
Apa akhirnya sudah tak takut...
Mata rabun sudah tidak lihat telinga tidak mendengar
Segala nya sudah terbongkar
Bendera berkibar sudah di langgar
Hormat budi dan sopan sudah terlimpar
Ramai akan terhampar
Segala nya menjadi hambar
Tanah air ku sedang berputar putar
Ramai berkata tiada satu suara
Penyelsaian nya masih pudar
Mungkin kita lena tidak sedar
Amaran tsuñami telah berbunyi
Masing2 berpusu ke tepi pantai.
Gunung dan bukit tinggi tidak di cari
Merdeka tenggelam di telan bumi
Kalau lah dapat merendah diri
Pasti akan di temui penyelsaian sejati
Terikat dalam kasih sayang
Menanam budi.....
Entah aku yang bermadah fakir tidak mengerti...
Air mata membasahi pipi
Ini lah bumi dan tanah air yang ku cintai
Tiada yang lain lagi.


FBSHApost@14hb Ogos 2015@11.30 pagi
Kg. Jawa
Kota Tinggi

No comments:

Post a Comment