Thursday, August 20, 2015

CABARAN HARI INI


1. Kuliah subuh mengandungi banyak ingatan dan pesanan dari Al Quran dan Sunnah Rasullallah s.a.w. sebagai panduan hidup. Ustaz menjelaskan ayat-ayat Quran yang jelas kita amalkan dan yang samar kita beriman kepada nya kerana Allah saja yang mengetahui maksud sebenarnya. Syarahan Ustaz yang lain pula mengatakan bahawa agama Islam ada lah agama ilmu. Jika beramal hendaklah berasas kan ilmu supaya tidak tersasar. Manusia ada yang suka membuat fitnah dan ada pula yang suka membawa cerita yang tidak benar dan ada pula yang suka menafsir Al Quran mengikut suka hati.

2. Sebab itu kita perlu behati-hati menggunakan akal, mata dan telinga tanpa tergelincir dari landasan Al Quran dan Sunnah Rasullallah s.a.w. Semalam pula selepas solat maghrib syarahan dari Pendakwah Amerika...,,yang menekan kan tentang jalan yang hendak di ambil ke arah pengukuhan agama Islam yang sepatutnya diteraskan kepada kepercayaan/Iman, prinsip dan setelah menguasai nya barulah mudah untuk bergerak ke arah shariat....penimbaan ilmu dapat membawa kita kepada Iman dan taqwa.

3. Semoga dalam menempohi berbagai cabaran terkini di peringkat individu, masyarakat dan negara tidak pula kita hilang pertimbangan. Hari dan masa ini adalah period yang paling mencabar yang kita hadapi merangkumi elemen dari luar dan dalam negara melibat kan isu isu politik, ekonomi, keselamatan dan sosio-budaya. Justru mesti ada perpaduan rakyat dan mencari kata sepakat. Andai semua kita gagal maka negara dan rakyat akan merudum ke arah kehancuran yang akan megambil masa untuk di perbaiki semula.

4. Ini lah masa nya untuk bertindak bijaksana bagi mengatasi masalah. Ia sudah tidak mudah lagi dan lebih kompleks kerana berkait mengait dengan bermacam-macam isu isu lain. Ia juga memerlukan pengorbanan dari semua pihak yang berkepentingan supaya generasi masa kini dapat meninggalkan pusaka dan legasi yang bermenafaat dan bermaruah untuk generasi masa mendatang. Wallahhualam. Allah saja yang lebih mengtahui.

FBSHApost@20 Ogos 2015

No comments:

Post a Comment