Tuesday, August 18, 2015

BAHTERA


Sering kita terpedaya dengan keupayaan diri. Sering beranggapan salah terhadap isteri serta anak anak dan ahli keluarga...Sering menaruh perasangka kepada orang-orang yang menyayangi. Sering juga keliru siapa pengkhianat dan pendusta. Sering menyeru supaya menegur bila ada keraguan pada amalan dan tindakan ..Sering yang berada di tinggian tidak melihat pada kekurangan kata dan amalan ...Sering tidak terdengar jelas apa yang di sebuti atau salah menafsir yang jujur dan ikhlas. Maka nya sebagai Insan biasa bukan malaikat dan tidak sampai ke tahap wali yang zuhud...terima lah hujah dan teguran bagi mendapat keredhaan Ilahi menegak kebenaran dan menangkis kebatilan. Jangan cepat memandang serong pada yang bersuara jika mahu melihat arah bahtera bergerak di lautan luas yang ada masanya tenang tapi ada ketika bergelora ganas. 

Betulkan kemudi jika perlu supaya sampai ke destinasi selamat, baik dan sempurna bagi agama, bangsa dan negara...Bahaslah sekuat bicara mengangkat digniti dan maruah jelata di pentas dunia sementara...Lantas seru rapatkan saf dan luruskan barisan...Allah bersama sama yang jujur dan ikhlas...Ketahui lah mencari kenalan mudah...namun mencari sahabat setia dan taat lebih payah...lebih-lebih lagi di waktu waktu getir...di saat ini dan di ketika berdepan dengan peperangan....pengurusan berbeza dari masa-masa normal...di masa ini terlalu ramai yang bijaksana dengan maklumat dan data...ramai juga pandai berpura pura. Uruskan setiap masukan dengan listari tanpa sekatan. Tidak mungkin ia dapat di hentikan dengan lunak memuja. Tunjuk penyelesaian. Tabah mencari kebenaran...ini satu pandangan bukan kritikan dan bukan juga mengomel kebencian...tapi tanda kasih dan kesayangan supaya bertemu jalan.

FBSHApost@12 July 2015


No comments:

Post a Comment