Wednesday, August 19, 2015

BERCELARU


Hari ini ratus ribu cerita
Di ungkil oleh yang tahu 
Ketawa aku fikirkan pakar beribu
Mudah nya jadi berilmu
Tidak perlu pergi berguru dan cari buku
Kata saja setuju ataupun tidak setuju
Bicara saja dunia sudah bercelaru.
Kritik atau caci pemimpin bertalu
Kerana katakan aku lebih tahu
Semua di buat tiada arah tuju
Kata pemimpin di beri amanah tapi menipu
Akan dapat tepukan seribu
Lelaki wanita dalam umno
Bahasa tidak beralas hentam melulu
Air muka sudah tidak kira
Bukan dia punya
Jatuhkan jatuhkan suara bergema
Soa nya mengapa dia tidak dengar
Heran bagaimana tanah air tercinta
Hilang tamadun budi bicara
Tidak sabar tidak terkira
Hukum sudah di jatuhkan tanpa hakimnya
Tanah air tercinta bercempera
Di cakarawala politik manusia
Tiada lagi kata sopan setia
Ramai lahir wira maggi
Mahu di angkat ke mahligai tinggi
Negara dan bangsa tersungkur 
Tidak perlu di fikir lagi...
Satu ini semua menjerit pergi
Pakar sudah sedia menganalisa
Itu sahaja masalah nya
Selesai yang itu saf bersatu
Tiada suara lain boleh bicara
Dalam hingar bingar negara bergelora
Ramai akan mengangkat senjata suara
Bila debu debu nya tenang di atas rata
Ramai lah akan menyusul bertanya
Aku telah berkorban mana labanya
Kelang kelibut menarek semua
Gambar apa yang yang hendak di tukar
Aku cari tumpu terlalu ramai berpekek
Juara
Hanya Allah mengetahui segala nya
Berebut lah macam2 wira
Minta selamat dan tenang semula.

FBSHApost@10 August 2015

No comments:

Post a Comment