Wednesday, August 19, 2015

PERSONAL VIEWS


Saya lihat keadaan Malaysia makin bercelaru kerana
  1. Kenyataan-kenyataan berkenaan 1MDB dari dalam dan luar negeri bercanggah. Soalan mana yang betul?
  2. Maklumat tentang siasatan di keluarkan secara piecemeal...tidak tersusun dan ada masa nya bercanggah..
  3. Teori konspirasi dan orang cemburu PM atau kejayaan negara masa ini tidak patut di timbulkan kerana soalan pokok belum terjawap
  4. Kenyataan IGP betul ke atau kenyataan Kerajaan Thai berkenaan Justo betul. Orang lebih percaya kenyataan mereka kerana mereka yg tangkap dan buat siasatan. Thai kata kerajaan nya tidak ada mendapat apa-apa permintaan dari Malaysia
  5. Selagi siasatan belum selsai seharusnya tidak ada kenyataan dari mana mana pihak...Bila selesai dan di serahkan kepada Peguam Negara barulah buat kenyataan muktamad. Siapa ada kes untuk di tuduh atau tidak dengan alasan undang-undang dan mengikut kepentingan awam
  6. Oleh kerana terlalu banyak kenyataan ramai yang menjadi keliru dan mempertikaikan kredibiliti kenyataan-kenyataan dan mereka yg membuatnya
  7. Timbul krisis keyakinan dan kebolehpercayaan kepada maklumat-maklumat yang di sibarkan pihak berkuasa
  8. Pandangan rakyat kepada kerajaan makin terhakis hinggakan serangan kepada PM dan RM secara peribadi berlaku secara terbuka dan biadab termasuk di kalangan orang-orang umno
  9. Persoalan-persoalan dan perkara yang berbangkit dan statement berkenaan 1MDB, akaun peribadi dan lain-lain boleh di beri jawapan secara jelas dan tersusun oleh Peguam Negara secara menyeluruh setelah selasai siasatan bagi mengelakan spekulasi dan tanda tanya.. Justru jika ada perbuatan jenayah boleh di ambil tindakan segara
  10. Keadaan sekarang mejejaskan imej, kredibiliti dan integriti negara dan pemimpin...
There must be an end to all these speculations and uncertainties...

FBSHApost@20 July 2015@8.15am


  1. Kini banyak guru dan mahaguru politik dah bersuara tentang kedudukan kerajaan dan pimpinan sekarang ini termasuk di Parlimen kedai kopi di kampung-kampung, di coffee house, di perjumpaan elite dan tidak elite di rumah-rumah dan di hotel-hotel. 
  2. Apa tah lagi pejuang utama isu ini ada lah Tun Mahathir yang tak pernah kalah bila dia masuk medan. 
  3. Mekanisma parti sudah tidak ada pada nya tapi beliau hidupkan pergerakan rakyat. Kesan yang hendak di capai ia lah untuk menurunkan Najib..
  4. Tapi kesan yg akan di capai akan melampaui Najib....ia itu UMNO dan BN akan hancur...
  5. Tunku Li sudah bercakap dan beri nasehat pada Najib.
  6. Musa Hitam pun bersuara nasehat dengan pandangan dan pilihan-pilihan yang patut Najib dengar. Dia juga mengatakan Tun Mahathir is the terminator.. 
  7. Musa menganggap diri nya penganalisa bijak dan tepat...
  8. Dalam social media penuh dgn cerita sama..Blog pun begitu...UMNO di Pulai pasang poster yang agak di luar amalan biasa. Siapa agaknya di belakang poster.
  9. Apa patut berlaku terletak pada Najib dan pimpinan tertinggi UMNO. Kalau merata orang bercakap apa patut kita lakukan. Kita merancang perancangan Allah lebih tepat.

FBSHApost@20 July 2015@11.14am

No comments:

Post a Comment