Wednesday, August 19, 2015

KISAH FAKIR


Kisah seorang fakir yang megembara meneroka perjalanan yang berbagai dan mencari pengalaman untuk mendapat keredhaan Ilahi...

Mulalah dia bermusafir dari sebuah kampung ke kampung yang lain dari satu bandar ke bandar yang lain...dari rimba sebenar ke rimba buatan...bukit bukau...sungai sungai dengan air yg jerneh seperti permata dan gelas yang bersinar...haiwan dan hidupan...air terjun yang melurah puteh berseh..memercek deras...menyegar tidak tercemar hidup hidupan yang menghuni tempat masing-masing, laut-lautan bergelora dan tenang.
Ada makhlok di usir serta terusir hilang tempat berteduh, lembah, tanah rata, busut...dan halaman...semua ada makhlok berbeza beza...dari kecil hingga sebesar besar...masing-masing dengan cerita nya tersendiri...fakir tetap kagum dengan kejadian Ilahi...ada yang ganas dan ada yang lembut mencari tempat nya...fakir memerhati segalanya...mencari rezki dengan cara nya tersendiri...ada yang sombong dan angkoh dengan harta, kekuatan dan kuasanya....tapi Allah tetap memberi tempat nya...fakir tertarik dengan warna-warni dunia....bertudung kan langit dan awan memayongi seluruh alam semesta, ada ketua, penghulu dan rajanya...pakaian dan hiasan tubuh sememangnya tidak sama. 

Ada tinggi dan rendah nya, ada kecil dan besar juga, haiwan, insan, hutan rimba, bahasa dan lirik tidak serupa, perangai dan tabiat serta ragam nya...angin dan taufan...gelak ketawa, linggok lengang nya...zalim dan keadilan, zalim di tengah kaya, wang membeli segala, berbicara kuat, memerahi tidak henti...adil di pinggir.

Fakir merenong orang pandai mengajar, berbicara seperti wali... tapi perbuatan berbeza sekali...memilih untuk menegor atau menghubung salam silaulrahim..sesuka hati..menghina dan memalukan yang lain tidak peduli...pelik sekali...fakir bergerak menjauhkan diri dari lakunan manusia ini..ada yang jahil tapi tidak menyedari, dan ada yang berilmu...terlalu banyak tipu daya, berkata batil dan menepis hak. 

Fakir memerhati melinang air mata, fakir cuba memahami ragam segala....banyak alpa kerana harta, kuasa dan pangkatnya, fakir berpegang pada hati dan jiwa yang mulia dan suci zahiriah dan batiniah ku...Fakir rasa lapang dapat mengembara, belajar mengenai alam yang beraneka, fitnah, membunuh sesuka, haiwan memburu ....entah lah fakir tidak tahu, namun gembira walaupun tiada harta. Fakir lega kerana tidak terpenjara hati, fikir dan tubuh...walaupun di selubungi pakaian sudah lesu di telan masa. 

Biar lah kata nya aku fakir selama nya tapi kaya roh dan jiwa.

FBSHApost@11 August 2015

No comments:

Post a Comment