Wednesday, August 19, 2015

KETAWA SI TUA


Ketawa aku ketawa orang tua-tua, 
Berpeluk tubuh dengan tangan-tangan yang dah lusuh, 
Berbicara aku se se dan teliti
Memerhati aku tertumpu bertafakur
Hendak mengingat masa-masa suara garau kasar
Merenong sekitar mahu merakam ingatan
Tempat ini tempat aku mengira jarak
Udara bersih yang ku hirup
Dari tanah, bumi, hijau hijauan
Air air putih bersih mendingin seluruh tubuh ku
Masa itu fikiran ku tidak terbelenggu
Aku melangkah lagi mencari tempat-tempat yang aku kenal lagi
Namun semua sudah berrubah
Kalau dulu hak aku kini hanya nostalgia dulu
Masa dan zaman sudah menjadi yang lampau serta mantan..
Warisan dan ingatan
Kasih dan sayang tidak lagi mencurah cembuan
Hanya bingkisan kata mesra
'Tu pun sering terlupa untuk bijaksana
Aku senyum kambing terkenang masam manis cinta
Aku bukan lagi jejaka kacak
Tidak berminat di lihat segak
Mahu duduk dan berdiri sudah tidak pasti
Aku mengelilingi negeri dan tempat ini
Melukis dari mata sehingga ke hati
Pelik nya risalah insani
Fakir senyum dan ketawa berdekeh-dekeh lagi.
Akan ku pergi dan meninggal tempat ini
Segala gala nya tidak di bawa sekali.


FBSHApost@14hb Ogos 2015@5ptg
Perjalanan balek dari KotaTinggi
Ke Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment